Saturday, June 5, 2010

Coretan Rasa....

CORETAN RASA...
Persoalan demi persoalan sering datang ke benak fikiranku...adakah aku menyesal menjadi seorang bakal guru.Tidak, tidak dan tidak...Aku tidak sesekali menyesal dengan tindakan dan keputusanku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan kerana aku tahu ada hikmah di sebalik kenapa dan mengapa aku terpilih untuk mengikuti kursus perguruan ini. Penat dan lelah semasa belajar memang tidak dapat dinafikan. Tidak dapat aku nafikan kadang-kadang aku juga lemah untuk mengharungi semua cabaran ini..aku kurang keyakinan diri dan pernah juga timbul rasa putus asa dalam diriku. Namun, bila aku renung kembali tanggungjawabku sebagai bakal guru, aku tidak boleh berputus asa. Aku mesti kuatkan semangat demi anak bangsaku. Mungkin pada nama, kerjaya sebagai guru nampak mudah. Ya, memang benar..kata orang guru itu tugasnya mengajar. Tapi adakah sekadar mengajar tanpa memahamkan pelajar? untuk memberi kefahaman kepada para pelajar itu bukan senang..kerana kita manusia punya potensi yang berbeza. Ada yang pintar cerdas, ada yang lewat perkembangan dan sebagainya. Pernahkah kita terfikir, bagaimana perasaan seorang guru itu apabila pengajarannya kurang berkesan pada hari tersebut? Seseorang guru akan sentiasa memuhasabahkan diri mereka untuk mencari kaedah yang terbaik untuk mengajar anak didik mereka. Kerana mereka tahu bahawa inilah tanggungjawab mereka. Tetapi ingat...setiap kaedah yang digunakan itu bukannya sesuai untuk semua murid. Oleh yang demikianlah maka kepelbagaian kaedah mengajar itu diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun harus diingat..kaedah itu haruslah menarik dan bermakna...Susah kan? Cuba anda fikirkan kepelbagaian kaedah ini. Mungkin merancang senang..tapi...apabila berhadapan dengan pelajar bagaimana perlaksanaannya? Kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Ini semua adalah akibat faktor disiplin bilik darjah... Fikirkan...~bersambung~
"If they aren't learning...then you aren't teaching."

~ Anon

" Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali,jika kau tahu apa

yang dicari." ~ Umar al-Khattab