Friday, November 16, 2012

Menghitung masa..menunggu waktu

Sebelum ini akak juga seorang pelajar...Belajar untuk kejar cita-cita. Tempoh selama 5 tahun setengah pengajian bukanlah tempoh masa yang singkat. Ia cukup panjang dan memerlukan kesabaran untuk akak habiskan pengajian akak. Hidup tanpa cabaran, tanpa dugaan bukanlah dinamakan sebagai kehidupan. Itulah rencah dan warna warni hidup yang menjadikan hari-hari kita sebagai diari hidup yang menarik untuk dikenang. Manusia yang mahu membaiki diri ialah manusia yang belajar dari pengalaman masa lalu dan bukan membawa masa lalu dalam kehidupan pada hari ini. Berbalik kepada hidup sebagai pelajar, apabila berhadapan dengan masalah tugasan yang rumit dan sukar diselesaikan, akan terdetik di hati akak, "bila aku nak habis blajar ni...", apabila penat berpraktikum, terdetik juga di hati akak" bila aku nak habis praktikum ni...", apabila berhadapan dengan kawan2 yang sering marah-marah dan layan kita ikut mood..terdetik di hati akak, "bila la aku nak jumpa sahabat sejati...".Akak pasti, soalan ini juga terdetik di hati adik-adik kan? Percayalah adek-adek, perkara yang paling menyakitkan kita dan perkara yang paling pahit untuk kita lalui itulah yang akan bantu kita untuk jadi orang yang lebih kuat dan bantu kita untuk berjaya dalam hidup. Renunglah, orang yang paling kita benci, tempat yang buat kita jatuh itulah yang jadikan kita manusia sekarang! Kenapa? Kerana kita sentiasa bangkit hasil dari kritikan sebenarnya. Jika hanya diberi pujian, kita akan sentiasa leka. Tanya diri kita, setiap kali kita dihentam atau dikritik, kita pasti berazam untuk berubah kan?Nah...itulah manusia...itulah kita. Kadang-kadang, Allah tegur kita melalui lisan manusia. Jika benar kita salah, cuba perbaiki diri kita, dan jika tidak, apa yang perlu kita takutkan?Bukan manusia yang menentukan pahala atau dosa, bukan manusia yang menentukan jatuh bangunnya kita. Jadi, jangan takut pada orang yang mencerca!Yakin pada diri, kerana orang yang yakin pada diri, mereka yakin pada Allah..