Tuesday, December 7, 2010

Tilawah Al -Quran

Teringat saya pada pesanan ustaz saya ketika mana saya masih di bangku sekolah rendah. "Kekalkan minat kamu dalam tilawah dan dalamilah ilmu tajwid dan tarannum sedalam yang mungkin. Ingat, dengan tilawah ni la yang boleh membawa kamu melihat dunia" Pada mulanya saya agak sangsi untuk mempercayai pesanan ini. Tapi kini semakin saya meningkat dewasa...saya semakin faham apa yang ustaz maksudkan.

Minat dalam tilawah telah mula bertapak dalam diri saya sejak saya berusia 8 tahun. Bermula dari usia 8 tahun inilah saya mula berkecimpung dalam bidang tilawah sehinggalah usia saya yang sekarang iaitu 21 tahun.

Dalam mempelajari tajwid, ustazah saya dan ibu sayalah yang banyak memberikan tunjuk ajar. Dalam tarannum pula, saya lebih banyak belajar taranum dengan mendengar bacaan qari dan qariah yang pernah menjuarai pertandingan dalam tilawah. Selain itu, saya juga mengambil kesempatan untuk mempelajari ilmu tarannum dengan menghadiri kursus Qiraatul Quran, selain mengikuti kelas tarannum Al-Quran yang diadakan oleh pihak JAIS.

Semakin banyak kita berkongsi pengetahuan maka smakin banyak ilmu yang kita peroleh. Untuk suara pula, rupanya ade kategori dalam menilai suara untuk bertarannum ni. Ada suara yang memang layak, sederhana, masih boleh diperbaiki dan tidak sesuai langsung untuk tilawah (membaca dengan tarannum yang betul)...

Bersambung....

Friday, November 19, 2010

Katakan Tidak Pada Cinta?


CINTA???...Apa yang kita faham tentang cinta? Jika sebut tentang cinta pasti teringat pada si buah hati...si uda rindukan si dara...ibarat rindu si laila dengan si majnun...Apa salahnya jika sebut saja tentang cinta, kita teringatkan pada cinta Allah, cintakan Nabi, cintakan para sahabat, cintakan Al-Quran...Cinta pada ibu bapa, cintakan adik beradik, cintakan sahabat...cinta ilmu...bukan bermaksud menolak fitrah...Tapi inilah yang dikatakan sebagai berani untuk katakan tidak pada cinta...Cinta yang bagaimana? Mungkin kita boleh katakan tidak pada cinta kita pada nafsu makan kita yang membuak2...Kita cuba berpuasa...Bila menyebut tentang berani untuk katakan tidak pada cinta, teringat saya pada kisah Nabi Nuh, bagaimana baginda berani untuk katakan tidak pada cintanya pada anak dan isterinya yang ditelan banjir besar, bagaimana Nabi Ibrahim berani untuk mengatakan tidak pada cintanya pada anaknya Nabi Ismail, sedangkan semua golongan yang terkorban ini adalah orang yang mereka sayang...Inilah bukti pengorbanan cinta mereka pada Allah yang memampukan mereka untuk berani mengatakan tidak pada cinta mereka terhadap isteri dan anak-anak mereka. Cintakan Allah melebihi segalanya...Cintakan Allah melebihi cinta pada dunia...dunia hanyalah pinjaman, akhiratlah yang kekal abadi. Apa yang kita tanam di dunia akan kita tuai di akhirat kelak. Boleh saya analogikan seperti hidup di dunia, kita bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Semakin kuat kita bekerja, maka semakin lumayanlah hasilnya. Semakin banyak kita beribadah niat ikhlas kerana Allah, semakin banyak kita menundukkan nafsu, dan meningkatkan keimanan pada Allah, maka semakin meningkatlah saham kita untuk kita raih di akhirat kelak. Kita tidak sedar, kita tidak lakukan kerana semuanya tidak nampak di depan mata.

Teringat saya pada perbualan dengan seorang hamba Allah " Susah nak tinggalkan dunia cinta kalau kita pernah bercinta. Kalau dah putus, kita mesti akan usaha cari lagi yang lain sebagai ganti. Hidup akan terasa kosong kalau tak ada buah hati". Minta maaf kalau kenyataan ini saya persoalkan. Terasa Kosong? Kita tanya pada hati, hati kita kososng sebab ape? Kosong pada kasih manusia? Sedangkan kalau kita fikirkan semula, Allah itu maha pengasih maha penyayang. SifatNya yang maha kaya itu yang akan membantu kita dalam mengisi kekosongan jiwa. Cuba dekatkan diri padaNya. Bukan hendak menuduh bahawa pasangan yang bercinta ini tidak mendekatkan diri pada Allah. Namun, kadang-kadang dunia percintaan ini melekakan kita sebagai manusia untuk beribadah. Aku solat. Tapi persoalannya, solat di awal waktu , di pertengahan atau di hujung? Aku bertudung. Tapi, keluar berdua dengan yang bukan muhrim tanpa berteman? Aku ingat orang tua. Tapi berapa banyak kredit yang habis untuk menghubungi ibu bapa berbanding kekasih hati? Fkirkan...Bukan menolak fitrah..tapi sekadar ingin mengajak kita untuk sama-sama berfikir. Antara nafsu dan iman. Jangan biarkan nafsu menguasai iman kita. Teringat pada sebuah kisah, seorang pemuda yang pergi mengembara bersama seorang ulama tua. Pemuda ini pergi mengembara bersama ulama ini kerana ingin belajar memperbaiki akhlaknya, mnambah ilmu di dada. Dalam perjalanan, mereka terpaksa melalui gunung yang sangat curam. Si pemuda pun dengan keluhan menyatakan hasrat hatinya pada ulama. "Alangkah bagusnya kalau kita dapat menungggang keldai dalam pengembaraan ini" Ulama tua itu pun menjawab, " Anak mahukan keldai? Marilah kita singgah untuk membeli keldai sebentar.". Mendengar kenyataan itu, cukup berbunga hati pemuada tersebut. Namun, setelah keldai itu dibelikan, ulama tersebut bukannya menyuruh pemuda itu untuk menunggang keldai tersebut, sebaliknya, dia menyuruh pemuda itu untuk mendukung keldai tersebut. Umpamnya seperti pemuda itu yang menunggang keldai. Pemuda itu meneruskan perjalanan tanpa mempersoalkan tindakn ulama tersebut kerana dia ingat akan niatnya di awal pengembaraan, iaitu untuk menuntut ilmu dengan ulama tersebut. Setelah sampai ke destinasi, ulama tersebut menerangkan kepada pemuda tersebut, kenapa dan mengapa dia bertindak sebegitu. Saya menyuruh kamu mendukung keldai itu, bukan dengan niat untuk menyeksa kamu, tetapi engan niat untuk menunjukkan kepada kamu betapa susahnya kehidupan sekiranya kita ditunggangi oleh nafsu. Keldai itu ibarat nafsu kamu yang kepenatan mengembara. Pada kamu terdapat keduanya. Iman dan nafsu. Tetapi jika kamu ditunggangi nafsu, kamu tidak akan bahagia. Sebaliknya jika kamu ditunggangi dengan iman, kamu akan bahagia dan selamat. Berat kan bila mendukung keldai itu? Begitu jugalah beratnya kehidupan yang ditunggangi nafsu...

Kisah yang cukup menarik..diharapkan kita dapat sama-sama bermuhasabah menerusi perkongsian ini...Saya pohon kemaafan sekiranya menyinggung perasaan mana-mana pihak. Maassalamah...

Saturday, August 21, 2010

Apakah Khusyuk?

Khusyuk adalah kelembutan hati manusia, hasrat yang redup yang bersumber daripada hawa nafsu dan hati yang halus kerana Allah. Hati seperti ini bersih daripada sifat sombong dan angkuh...

Adakah anda sudah sarapankan minda anda?Jika belum...ayuh...inilah solusinya:)


Alhamdulillah...saya kembali berpeluang untuk menulis di sini...Semakin meningkat semester, cabaran yang saya hadapi semakin menguji tahap keimanan seorang insan bergelar mahasiswi. Bukan senang nak jadi pendidik... Bukan senang nak jadi guru...Apa yang penting yang saya ingin kongsikan bersama rakan pembaca ialah pembahagian masa adalah yang utama yang menentukan jatuh bangunnya kita. Masa bukan mengejar kita tetapi sebaliknya..kita yang mengejar masa itu sendiri...Oleh yang demikianlah maka masa itu diibaratkan seperti mata pedang. Boleh membunuh bukan?...hmmm..fikir-fikirkanlah...Banyak perkara yang saya belajar selama mana tidak berkunjung untuk berkarya di laman ini. Pengalaman inilah yang saya kumpul dan saya rasa perlu untuk saya kongsikan bersama rakan pembaca. Pertama tentang budaya menunggu kawan. Kedua tentang budaya tangguh kerja, ketiga tentang budaya kerja kumpulan. Setakat ini saya hanya ingin kongsikan 3 masalah besar ini yang sering mewarnai liku hidup masiswa dan mahasiswi.
Budaya tunggu rakan? Apa yang kita faham? Ke sana ke mari mesti bersama. Kawan lambat pun tunggu juga. Faktor kelewatan sahabat kita perlu diteliti juga ya...kenapa? sebabnya..ada yang lambat sebab memang jenis yang memang suka lambat...ada yang lambat sebab tertidur, ada yang lambat sebab bersolek...hmmm...kalau lambat sebab tertidur mungkin kita boleh maafkan. takpa..kita boleh tunggu...tapi bagaimana dengan dua lagi alasan yang saya berikan tadi...adakah munasabah? tepuk dada, tanya pengalaman. Kalau yang lewat kategori ini, elok kita tinggalkan saja...Kita bukan digelar sahabat yang baik kalau begini caranya...Kerana dengan menunggu mereka, kita akan membiasakan diri mereka untuk lambat dengan alasan yang tidak munasabah. Sebaliknya...dengan meninggalkan mereka, maka mereka akan sedar bahawa, orang yang lambat akan sentiasa ketinggalan. Jadi..dari situlah mereka akan mengubah sikap mereka.

Seterusnya,budaya tangguh kerja? Kenapa perlu bertangguh wahai sahabat? Kali ni kita tepuk dada nak tanya apa ya? Senang jawapannya. Tepuk dada tanya usaha kita. Jangan terlalu senang untuk memberikan alasan bahawa saya kurang bahan rujukan...saya tak ada duit...saya tak dapat nak online...printer saya rosak...laptop saya rosak...apa lagi yang rosak duhai sahabat? apa lagi yang kurang? kalau cacing di dalam tanah itu pun boleh hidup masakan pula kita manusia yang berakal tak mampu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita perlu dapatkan..iaitu ilmu. Ingat..ilmu itu dicari..ilmu bukan mencari...Hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih..kan? Allah kurniakan kita mulut, jadi apa salahnya kita minta pertolongan rakan...Sekiranya mereka enggan, sedarlah bahawa itu ujian Allah untuk menguji tahap keimanan kita. Adakah kita akan marah...tidak langsung menyiapkan tugasan? Itulah yang dinamakan hikmah musibah. Orang yang beriman sentiasa diuji Tuhan. Itu tandanya kasih sayang Allah pada kita. Semakin kita diuji semakin berambah keimanan kita dan semakin matang pemikiran kita...
Kupasan yang terakhir...Kerja kumpulan. Kadang2 ia memudahkan namun jika tersalah pilih pasangan, ia akan memudaratkan. Jangan jadikan diri kita sebagai bahan bulian orang lain. Apa yang penting kita perlu pertahankan hak kita. Jangan mudah beralah jika pasangan kita bertindak menyalahi etika kerja berkumpulan. Ingat...kita hanya manusia yang tidak punya tulang besi urat dawai... Boleh dikerah ke sana ke mari. Bersengkang mata menyiapkan tugasan kumpulan secara individu. Kerja berdua tapi hanya seorang yang menyiapkan. Jika ditanya mungkin ramai yang mengangguk. Tips nya kita hanya perlu bertegas. Mungkin kita boleh membantu untuk " back up" dengan menyiapkan assignment secara keseluruhan. Kerana kita perlu berjaga-jaga dengan pasangan kerja seperti ini. Mungkin di saat akhir, tugasan yang perlu dia siapkan langsung tidak disentuh. Jadi, di sinilah perlunya " back up" dari kita. Tapi ingat...jangan pula kita yang mengada-ngada untuk memberitahu pasangan kita itu bahawa kita sudah menyediakan "back up" untuknya...Jika ini yang berlaku memang anda akan menjadi mangsa bulian sepanjang hayat menyiapkan ssignment bersama dengannya. Ingat...teknik itu perlu...Bijak dalam tindakan. Ingat, jangan pernah berkasar. Tegas bukan bermakna anda garang.Tegas dan garang adalah dua benda yang berbeza.
Konklusinya...setiap yang berlau itu perlu untuk kita muhasabahkan...Aagr kita tidak melakukan kesilapan yang sama dalam hidup..Moga hari ini lebih baik dari semalam...Amin....

Saturday, June 5, 2010

Coretan Rasa....

CORETAN RASA...
Persoalan demi persoalan sering datang ke benak fikiranku...adakah aku menyesal menjadi seorang bakal guru.Tidak, tidak dan tidak...Aku tidak sesekali menyesal dengan tindakan dan keputusanku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan kerana aku tahu ada hikmah di sebalik kenapa dan mengapa aku terpilih untuk mengikuti kursus perguruan ini. Penat dan lelah semasa belajar memang tidak dapat dinafikan. Tidak dapat aku nafikan kadang-kadang aku juga lemah untuk mengharungi semua cabaran ini..aku kurang keyakinan diri dan pernah juga timbul rasa putus asa dalam diriku. Namun, bila aku renung kembali tanggungjawabku sebagai bakal guru, aku tidak boleh berputus asa. Aku mesti kuatkan semangat demi anak bangsaku. Mungkin pada nama, kerjaya sebagai guru nampak mudah. Ya, memang benar..kata orang guru itu tugasnya mengajar. Tapi adakah sekadar mengajar tanpa memahamkan pelajar? untuk memberi kefahaman kepada para pelajar itu bukan senang..kerana kita manusia punya potensi yang berbeza. Ada yang pintar cerdas, ada yang lewat perkembangan dan sebagainya. Pernahkah kita terfikir, bagaimana perasaan seorang guru itu apabila pengajarannya kurang berkesan pada hari tersebut? Seseorang guru akan sentiasa memuhasabahkan diri mereka untuk mencari kaedah yang terbaik untuk mengajar anak didik mereka. Kerana mereka tahu bahawa inilah tanggungjawab mereka. Tetapi ingat...setiap kaedah yang digunakan itu bukannya sesuai untuk semua murid. Oleh yang demikianlah maka kepelbagaian kaedah mengajar itu diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun harus diingat..kaedah itu haruslah menarik dan bermakna...Susah kan? Cuba anda fikirkan kepelbagaian kaedah ini. Mungkin merancang senang..tapi...apabila berhadapan dengan pelajar bagaimana perlaksanaannya? Kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Ini semua adalah akibat faktor disiplin bilik darjah... Fikirkan...~bersambung~
"If they aren't learning...then you aren't teaching."

~ Anon

" Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali,jika kau tahu apa

yang dicari." ~ Umar al-Khattab

Friday, May 28, 2010

Santapan Minda

Jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan, sebagai penggantinya, curahkanlah waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki.-Dr.'Aidh Al-Qarni.

Renungan Bersama

Antara sifat munafik ialah menganggap nasihat orang lain sebagai sindiran kepadanya dan oleh yang demikianlah dia tidak menerimanya...

Friday, April 30, 2010

Kurang Tidur dalam Kalangan Mahasiswa Dan Mahasiswi

Kurang Tidur
Rehat itu perlu...Tidur itu perlu untuk mengembalikan cas2 dalam tubuh badan kita sebagai manusia. Badan kita bukanlah mesin, urat kita bukan dawai, tulang kita bukan besi. Namun ini lumrah yang harus diterima oleh seorang pelajar yang bergelar mahasiswi. Kurang tidur bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan mereka. Persoalannya, mengapa fenomena tidak cukup tidur ini timbul? adakah kerana suka bertangguh, menangguh, ditangguh atau tertangguh? permasalahan yang lahir dari kata dasar yang sama namun membawa definisi yang berbeza. Adakah kerana malas ataupun tidak faham? Adakah kerana aktiviti luar yang terlampau penuh, assignment yang banyak? Tepuk dada dan tanya iman kita. Kita fikir kembali. Sebagai khalifah, kita punya tanggungjawab masing-masing. Fikirkan, jika hari ini kita sibuk, mungkin lebih ramai yang sibuk dari kita dan mungkin ada juga insan yang tidak punya kerja langsung untuk dilakukan lantas menimbulkan rasa bosan dalam diri mereka. Fikirkanlah wahai sahabat. Saya menulis bukan hanya untuk tatapan para pembaca, namun sebagai motivasi untuk diri saya sendiri dalam menempuh perjalanan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. Mungkin kadang kala saya juga mengeluh. Namun kesedaran itu perlu kita pupuk engan segera agar titik hitam dalam hati kita dapat dibersihkan dengan segera. Jangan pernah mengeluh dalam menerima sesuatu masalah. Kerana di situlah titik tolak hilangnya keberkatan. Jadi, jangan jadikan alasan kurang tidur untuk kita menjadi orang yang moody. Sekali kita menyakiti orang lain, maka nilai kepercayaan dan rasa hormat itu akan hilang untuk kita. Lihat! betapa sikap mazmumah ini berperanan dalam menggelapkan hati kita. Bahayanya umpama virus yang menyerang dengan cepat. Ayuh sahabat, muhasabah diri dan kembali kepada Allah. Bertaubatlah. Ingat, Allah sentiasa melihat dan memerhatikan hambaNya. Ujian bukan bermakna hukuman dari Allah sebaliknya ujian dan cabaran adalah merupakan tanda ataupun lambang kasih dan cinta Allah kepada hambaNya. Orang beriman sudah pasti diuji Tuhan. Semakin kita diuji, semakin iman kita bertambah dan semakin dekat kita dengan Allah...InsyaAllah...

Tuesday, April 27, 2010

Surah Al-Baqarah ayat 216


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216"

Fikirkan...


"Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan..."

Monday, April 26, 2010

Nilai Kemaafan


Alhamdulillah..saya berkesempatan lagi untuk menulis di laman ini...semalam saya berkesempatan untuk membeli sebuah buku yang bertajuk " When Good FRIENDS Go Bad Can U Ever Learn To Forgive and Forget"...inilah judul buku yang saya belikan.Pada kali pertama terlihat, saya mereasakan ada sesuatu yang menarik yang harus saya tahu dari buku ini...insyaAllah saya akan kongsikan kandungannya di laman ini. Memikirkan tentang soal memaafkan. Pada hari ini saya sekali lagi terserempak dengan hamba Allah yang telah saya maafkan...tetapi,kenapa saya masih berat lagi untuk menerimanya dan bersahabat seperti dulu. Betul kata orang..memaafkan memang mudah...tapi untuk melupakan apa yang telah dilakukan yang mengguris hati amat sukar. Adakah ini yang dikatakan sebagai ego manusia? Adakah ini yang dikatakan keras hati? keras kepala? Saya sering bermonolog sendirian dalam mencari kebenaran. Inilah yang dikatakan muhasabah diri sebenarnya. Bukan hanya memikirkan tentang kebaikan kita tetapi sebaliknya turut memikirkan tentang kelemahan diri kita sendiri sebagai makhluk Allah. Hanya satu yang dperlukan dalam bersahabat. Perlu ada nilai kejujuran. Jangan pernah menipu. Sekali kita menipu, banyak pihak yang akan menjadi mangsanya...Antara salah seorang mangsanya adalah saya. Hanya mampu termangu tanpa tahu apa yang berlaku. Padahal diri sendiri ditipu...zalim kan? Ya Allah, selamatkanlah diriku... Hindarilah aku dari segala perasaan benci, marah dan dendam...kurniakanlah segala sifat mahmudah dalam diriku...Baikkanlah hatiku dan juga orang2 di sekelilingku...amin ya rabb.

Saturday, April 24, 2010

Aku menanti saat di mana aku berjaya untuk menamatkan pengajianku..Tempoh 5 tahun 1/2 bukanlah satu tempoh yang singkat dalam usahaku menimba ilmu untuk menjadi seorang bakal guru...Aku dapat merasakan perbezaan dalam setiap peringkat hidupku...bagaimana daripada kehidupanku sebagai seorang kanak-kanak, seterusnya remaja da kini aku bergelar seorang dewasa. Mungkin dulu aku bergelar pelajar sekolah dan kini aku bergelar mahasiswi Institut Pendidikan Guru. Amat sukar untuk membentuk jiwa guru, jati diri seorang guru, penampilan dan perwatakan seorang guru...namun aku tetap berpegang pada amanah pensyarahku...jika kita ikhlas, jika kita jujur, jika kita redha...kita akan dapat membentuk jiwa guru itu dengan sendirinya. Untuk jadi guru itu, kita perlu ada nilai kepercayaan. "If people respect you as a person they will admire you,if people respect you as a friend they will love you, if people respect you as a leader they will follow you". Kata-kata yang cukup bermakna...Perjalanan untuk mendapatkan segulung ijazah itu bukan mudah rupanya...Namun, biarlah bersusah dahulu kerana di akhirnya aku pasti akan mendapat kepuasan atas pengorbanan yang aku lakukan...Janji Tuhan itu pasti untuk hambaNya yang berusaha dan bertawakkal kepadaNya... Semoga aku akan sentiasa diberikan kesabaran dalam menempuh liku-liku hidup sebagai seorang mahasiswi yang juga merupakan bakal guru di masa akan datang...Semoga aku mampu untuk menjadi seorang guru yang berjaya...amin...

Doaku...

“Ya Rabbi,lembutkan hatiku,agar mudah ia mengadu padaMu.Lenturlah jiwaku agar ia mudah merayu&meminta padaMu.Haluskanlah perasaanku agar aku mampu menangis&merintih padaMu.Hancur&remuk-redamlah diriku dalam menerima didikanMu kerana di situlah pengiktirafan aku sebagai hambaMu"

Duhai Sahabat...




Sahabat...hari-hariku sentiasa dikelilingi oleh insan bergelar sahabat...kegembiraan ku datang dari mereka...kesedihan juga datang dari mereka...Tapi aku sedar...siapalah aku untuk menghukum mereka atas kekhilafan mereka...aku juga manusia biasa...aku dalam usaha untuk belajar memahami orang lain...bukan senang untuk menjadi individu yang baik....juga sahabat yang baik untuk sahabat-sahabatku...namun hanya satu harapanku...Semoga Allah meredhai persahabatan ini...Keberkatan itu akan hadir dengan adanya redha ilahi...

Ya Allah..kurniakanlah hambaMu ini kekuatan untuk berdepan dengan hari esok dan hari seterusnya...Sesungguhnya...alam belajar dan menuntut ilmu sungguh banyak cabarannya..Kadang-kadang aku hampir berputus asa...tapi aku sedar akan kekuasaanMu ya Allah...Ujian yang kau berikan adalah tanda kasih dan sayangMu pada kami hambaMu...Hidup tanpa ujian dan cabaran tidak akan ada kemanisannya..Boleh dianologikan sebagai sebuah masakan yang tidak cukup ramuannya... Semakin kita diuji semakin matang pemikiran kita...Terima kasih ya Allah kerana aku terpilih untuk menerima ujianMu..bukti kasihMu padaku...


Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkanlah lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kamiketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah hati kami dengan nur imanMu,
Bersihkanlah hati kami untuk menggapai redhaMu...

Cinta Layaknya Seekor Rama-rama


Cinta layaknya seperti seekor rama-rama..
Semakin aku mengejarnya
semakin jauh ia terbang meninggalkan aku..
Biarkan rama-ramaku terbang kemana saja ia suka..
Siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanku
Ia bakal mengibaskan sayapnya kearah aku
Menumpang teduh dari panas,hujan badai duniawi..
Dalam keadaan yg aku tidak sangka
mungkin rama-rama yg aku kejar itu
rama-rama yg Allah peruntukkan buat ku..