Saturday, April 24, 2010

Aku menanti saat di mana aku berjaya untuk menamatkan pengajianku..Tempoh 5 tahun 1/2 bukanlah satu tempoh yang singkat dalam usahaku menimba ilmu untuk menjadi seorang bakal guru...Aku dapat merasakan perbezaan dalam setiap peringkat hidupku...bagaimana daripada kehidupanku sebagai seorang kanak-kanak, seterusnya remaja da kini aku bergelar seorang dewasa. Mungkin dulu aku bergelar pelajar sekolah dan kini aku bergelar mahasiswi Institut Pendidikan Guru. Amat sukar untuk membentuk jiwa guru, jati diri seorang guru, penampilan dan perwatakan seorang guru...namun aku tetap berpegang pada amanah pensyarahku...jika kita ikhlas, jika kita jujur, jika kita redha...kita akan dapat membentuk jiwa guru itu dengan sendirinya. Untuk jadi guru itu, kita perlu ada nilai kepercayaan. "If people respect you as a person they will admire you,if people respect you as a friend they will love you, if people respect you as a leader they will follow you". Kata-kata yang cukup bermakna...Perjalanan untuk mendapatkan segulung ijazah itu bukan mudah rupanya...Namun, biarlah bersusah dahulu kerana di akhirnya aku pasti akan mendapat kepuasan atas pengorbanan yang aku lakukan...Janji Tuhan itu pasti untuk hambaNya yang berusaha dan bertawakkal kepadaNya... Semoga aku akan sentiasa diberikan kesabaran dalam menempuh liku-liku hidup sebagai seorang mahasiswi yang juga merupakan bakal guru di masa akan datang...Semoga aku mampu untuk menjadi seorang guru yang berjaya...amin...

1 comment:

  1. assalamualaikum, suka membaca post ini....menunjukkan semangat yg ditunjukkan nurul jannah utk mencapai cita2....teruskan usaha tau sehinggalh berjaya....semoga kejayaan menjadi milik kamu...=)

    ~ Luqman Nul Hakim Hamzah ~

    ReplyDelete