Friday, April 30, 2010

Kurang Tidur dalam Kalangan Mahasiswa Dan Mahasiswi

Kurang Tidur
Rehat itu perlu...Tidur itu perlu untuk mengembalikan cas2 dalam tubuh badan kita sebagai manusia. Badan kita bukanlah mesin, urat kita bukan dawai, tulang kita bukan besi. Namun ini lumrah yang harus diterima oleh seorang pelajar yang bergelar mahasiswi. Kurang tidur bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan mereka. Persoalannya, mengapa fenomena tidak cukup tidur ini timbul? adakah kerana suka bertangguh, menangguh, ditangguh atau tertangguh? permasalahan yang lahir dari kata dasar yang sama namun membawa definisi yang berbeza. Adakah kerana malas ataupun tidak faham? Adakah kerana aktiviti luar yang terlampau penuh, assignment yang banyak? Tepuk dada dan tanya iman kita. Kita fikir kembali. Sebagai khalifah, kita punya tanggungjawab masing-masing. Fikirkan, jika hari ini kita sibuk, mungkin lebih ramai yang sibuk dari kita dan mungkin ada juga insan yang tidak punya kerja langsung untuk dilakukan lantas menimbulkan rasa bosan dalam diri mereka. Fikirkanlah wahai sahabat. Saya menulis bukan hanya untuk tatapan para pembaca, namun sebagai motivasi untuk diri saya sendiri dalam menempuh perjalanan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. Mungkin kadang kala saya juga mengeluh. Namun kesedaran itu perlu kita pupuk engan segera agar titik hitam dalam hati kita dapat dibersihkan dengan segera. Jangan pernah mengeluh dalam menerima sesuatu masalah. Kerana di situlah titik tolak hilangnya keberkatan. Jadi, jangan jadikan alasan kurang tidur untuk kita menjadi orang yang moody. Sekali kita menyakiti orang lain, maka nilai kepercayaan dan rasa hormat itu akan hilang untuk kita. Lihat! betapa sikap mazmumah ini berperanan dalam menggelapkan hati kita. Bahayanya umpama virus yang menyerang dengan cepat. Ayuh sahabat, muhasabah diri dan kembali kepada Allah. Bertaubatlah. Ingat, Allah sentiasa melihat dan memerhatikan hambaNya. Ujian bukan bermakna hukuman dari Allah sebaliknya ujian dan cabaran adalah merupakan tanda ataupun lambang kasih dan cinta Allah kepada hambaNya. Orang beriman sudah pasti diuji Tuhan. Semakin kita diuji, semakin iman kita bertambah dan semakin dekat kita dengan Allah...InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment