Wednesday, November 27, 2013

Kasihkan ibu, sayangkan isteri.

Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah kerana diberikan peluang untuk kembali berkarya di ruangan ini. Sudah bertunang?Sudah berkahwin? Jika belum ataupun sudah...ayuh kita renungkan bersama... Sebut sahaja kawen, insyaAllah ramai yang akan seronok tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kerana Allah menjanjikan kemurahan rezeki untuk orang-orang yang mendirikan rumahtangga. Namun...seringkali pasangan suami isteri mengabaikan hak ibu bapa kandung mereka mahupun ibu bapa mertua mereka. Pengabaian yang bagaimana? Para lelaki?Tanya pada diri anda...bila dah kawen ni ade tak bagi duit blanja untuk mak ayah di kampung?Kalau ade sekalipun.cukup ke tidak yea? Telefon ibu ayah kata "mak..saya dinaikkan pangkat"...Tapi..blanja bagi kat mak bulan-bulan sama jugak RM100 macam sebelum kawen, selepas kawen dan sampai sekarang. Wahai kaum-kaum Adam...cukup ke blanja mak setakat RM100 sebulan? Duit lebih banyak bagi pada isteri. Cuba bandingkan RM100 tu dengan harga barangan sekarang? Cukup ke? Anak lelaki..utamakan ibu anda...Mak memang tak akan mintak. Tapi kita punye akal...kite boleh fikir dan kite boleh buat kalau kite percaya pada konsep keberkatan rezeki. Ini sebut pasal lelaki yang keliru antara sayangkan isteri ataupun kasihkan ibu...Ibu tetap nombor satu yea anak lelaki..Syurga suami terletak di bawah tapak kaki ibu, syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami... Jelas akan keutamaan di sini? Sebut pasal menantu...menantu perempuan...layanlah ibu mertua kamu sebagaimana ibu kamu sendiri...Pandangla mereka dengan rasa hormat yang tinggi. Ini tidak...langsung tidak mengingatkan suami dengan duit blanja untuk mak tiap-tiap bulan. Apa yang isteri ni tahu, hanyalah duit nafkah tiap-tiap bulan. Cuci seluar suami pun nak gaji. Padahal pakai mesin basuh je. Baju suami takde perasaan langsung nak ditukar...Ape yang mereka ni tahu hanya nak tukar baju sendiri jea. Baju raya suami sepasang...Baju raya isteri 2, 3 jenis, 2, 3 pasang. Kasihanilah suami...Betapa sedih hati si ibu, melihat anaknya tidak bertukar-tukar baju pun, sedangkan anaknya yang bekerja. Ingat..jangan jadi isteri yang pentingkan diri...Tak jaga hak suami, tak jaga hak ibu mertua.Bila ibu mertua datang ziarah ke rumah, dibiarkan menahan lapar. Bila ibu mertua nak masak di dapur rumah dia...diperhatikan..Ibu mertua mana yang selesa? Alhamdulillah sebab dapat ibu mertua yang tak cerewet. Kalau dapat yang cerewet baru lah kena batang hidung. Belajar bersyukur wahai menantu menantu perempuan...Masaklah untuk suami...ini tidak..suami turun kerja dengan perut kosong...Balik kerja makanan pun blom siap masak. Padahal kamu bukan isteri yang bekerjaya...Apa masalahnye? Tiba waktu makan malam...siap tanya lagi..mak nak makan tak? Tanya buat ape...masak je..kemudian jemput mak makan..mak tak akan mintak wahai anak-anak...Kite yang kena faham sendiri..Kalau mak nak makan..dia akan makan..kalau tak nak tak ape..kite tak rugi..tetap dapat pahala..Ni tak...malam bila suam suruh masak..tarik muka masam...Kenapa perlu buat begitu..Ingat tanggungjawab sendiri...Kenapa kite kawen? Sebelum kawen dah buat pertimbangan ke untuk semua ni? Kawen..bukan kerana nafsu semata-mata. Kawen ni membawa kita untuk mencorak masa depan, membina kehidupan, meraih pengalaman dan meningkatkan kematangan...Bukan menjadi keanak-anakan...Kalau belom punye cahaya mata, fikir-fikirkan kenapa? Mungkin sebab Allah tahu kite belum bersedia untuk dapat semua tu atau mungkin sebab kurang keberkatan dalam hidup atau mungkin sebab redha Allah tiada bersama kita...kerana redha Allah datangnya dari redha ibu-bapa...Jangan jadi anak derhaka, isteri derhaka, menantu derhaka. Renung-renungkan...Suami...sayangkan isteri berpada-pada...Jangan sehingga mereka hilang rasa hormat pada ibu bapa mertua. Coretan ini hanya ditulis atas pemerhatian saya...dan sekiranya ade pihak yang terkecil hati ketika membaca artikel ini, ampun dan maaf saya pinta...