Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah kerana diberikan peluang untuk kembali berkarya di ruangan ini. Sudah bertunang?Sudah berkahwin? Jika belum ataupun sudah...ayuh kita renungkan bersama...
Sebut sahaja kawen, insyaAllah ramai yang akan seronok tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kerana Allah menjanjikan kemurahan rezeki untuk orang-orang yang mendirikan rumahtangga. Namun...seringkali pasangan suami isteri mengabaikan hak ibu bapa kandung mereka mahupun ibu bapa mertua mereka. Pengabaian yang bagaimana? Para lelaki?Tanya pada diri anda...bila dah kawen ni ade tak bagi duit blanja untuk mak ayah di kampung?Kalau ade sekalipun.cukup ke tidak yea? Telefon ibu ayah kata "mak..saya dinaikkan pangkat"...Tapi..blanja bagi kat mak bulan-bulan sama jugak RM100 macam sebelum kawen, selepas kawen dan sampai sekarang. Wahai kaum-kaum Adam...cukup ke blanja mak setakat RM100 sebulan? Duit lebih banyak bagi pada isteri. Cuba bandingkan RM100 tu dengan harga barangan sekarang? Cukup ke? Anak lelaki..utamakan ibu anda...Mak memang tak akan mintak. Tapi kita punye akal...kite boleh fikir dan kite boleh buat kalau kite percaya pada konsep keberkatan rezeki. Ini sebut pasal lelaki yang keliru antara sayangkan isteri ataupun kasihkan ibu...Ibu tetap nombor satu yea anak lelaki..Syurga suami terletak di bawah tapak kaki ibu, syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami... Jelas akan keutamaan di sini?
Sebut pasal menantu...menantu perempuan...layanlah ibu mertua kamu sebagaimana ibu kamu sendiri...Pandangla mereka dengan rasa hormat yang tinggi. Ini tidak...langsung tidak mengingatkan suami dengan duit blanja untuk mak tiap-tiap bulan. Apa yang isteri ni tahu, hanyalah duit nafkah tiap-tiap bulan. Cuci seluar suami pun nak gaji. Padahal pakai mesin basuh je. Baju suami takde perasaan langsung nak ditukar...Ape yang mereka ni tahu hanya nak tukar baju sendiri jea. Baju raya suami sepasang...Baju raya isteri 2, 3 jenis, 2, 3 pasang. Kasihanilah suami...Betapa sedih hati si ibu, melihat anaknya tidak bertukar-tukar baju pun, sedangkan anaknya yang bekerja. Ingat..jangan jadi isteri yang pentingkan diri...Tak jaga hak suami, tak jaga hak ibu mertua.Bila ibu mertua datang ziarah ke rumah, dibiarkan menahan lapar. Bila ibu mertua nak masak di dapur rumah dia...diperhatikan..Ibu mertua mana yang selesa? Alhamdulillah sebab dapat ibu mertua yang tak cerewet. Kalau dapat yang cerewet baru lah kena batang hidung. Belajar bersyukur wahai menantu menantu perempuan...Masaklah untuk suami...ini tidak..suami turun kerja dengan perut kosong...Balik kerja makanan pun blom siap masak. Padahal kamu bukan isteri yang bekerjaya...Apa masalahnye? Tiba waktu makan malam...siap tanya lagi..mak nak makan tak? Tanya buat ape...masak je..kemudian jemput mak makan..mak tak akan mintak wahai anak-anak...Kite yang kena faham sendiri..Kalau mak nak makan..dia akan makan..kalau tak nak tak ape..kite tak rugi..tetap dapat pahala..Ni tak...malam bila suam suruh masak..tarik muka masam...Kenapa perlu buat begitu..Ingat tanggungjawab sendiri...Kenapa kite kawen? Sebelum kawen dah buat pertimbangan ke untuk semua ni? Kawen..bukan kerana nafsu semata-mata. Kawen ni membawa kita untuk mencorak masa depan, membina kehidupan, meraih pengalaman dan meningkatkan kematangan...Bukan menjadi keanak-anakan...Kalau belom punye cahaya mata, fikir-fikirkan kenapa? Mungkin sebab Allah tahu kite belum bersedia untuk dapat semua tu atau mungkin sebab kurang keberkatan dalam hidup atau mungkin sebab redha Allah tiada bersama kita...kerana redha Allah datangnya dari redha ibu-bapa...Jangan jadi anak derhaka, isteri derhaka, menantu derhaka. Renung-renungkan...Suami...sayangkan isteri berpada-pada...Jangan sehingga mereka hilang rasa hormat pada ibu bapa mertua.
Coretan ini hanya ditulis atas pemerhatian saya...dan sekiranya ade pihak yang terkecil hati ketika membaca artikel ini, ampun dan maaf saya pinta...
Pahala dikejar bukan untuk ditinggalkan, Dosa ditinggalkan bukan untuk dikejar, Andai Islam dijulang nescaya Syurga menanti di akhirat sana...
Wednesday, November 27, 2013
Friday, November 16, 2012
Menghitung masa..menunggu waktu
Sebelum ini akak juga seorang pelajar...Belajar untuk kejar cita-cita. Tempoh selama 5 tahun setengah pengajian bukanlah tempoh masa yang singkat. Ia cukup panjang dan memerlukan kesabaran untuk akak habiskan pengajian akak. Hidup tanpa cabaran, tanpa dugaan bukanlah dinamakan sebagai kehidupan. Itulah rencah dan warna warni hidup yang menjadikan hari-hari kita sebagai diari hidup yang menarik untuk dikenang. Manusia yang mahu membaiki diri ialah manusia yang belajar dari pengalaman masa lalu dan bukan membawa masa lalu dalam kehidupan pada hari ini.
Berbalik kepada hidup sebagai pelajar, apabila berhadapan dengan masalah tugasan yang rumit dan sukar diselesaikan, akan terdetik di hati akak, "bila aku nak habis blajar ni...", apabila penat berpraktikum, terdetik juga di hati akak" bila aku nak habis praktikum ni...", apabila berhadapan dengan kawan2 yang sering marah-marah dan layan kita ikut mood..terdetik di hati akak, "bila la aku nak jumpa sahabat sejati...".Akak pasti, soalan ini juga terdetik di hati adik-adik kan?
Percayalah adek-adek, perkara yang paling menyakitkan kita dan perkara yang paling pahit untuk kita lalui itulah yang akan bantu kita untuk jadi orang yang lebih kuat dan bantu kita untuk berjaya dalam hidup. Renunglah, orang yang paling kita benci, tempat yang buat kita jatuh itulah yang jadikan kita manusia sekarang! Kenapa? Kerana kita sentiasa bangkit hasil dari kritikan sebenarnya. Jika hanya diberi pujian, kita akan sentiasa leka. Tanya diri kita, setiap kali kita dihentam atau dikritik, kita pasti berazam untuk berubah kan?Nah...itulah manusia...itulah kita.
Kadang-kadang, Allah tegur kita melalui lisan manusia. Jika benar kita salah, cuba perbaiki diri kita, dan jika tidak, apa yang perlu kita takutkan?Bukan manusia yang menentukan pahala atau dosa, bukan manusia yang menentukan jatuh bangunnya kita. Jadi, jangan takut pada orang yang mencerca!Yakin pada diri, kerana orang yang yakin pada diri, mereka yakin pada Allah..
Sunday, June 12, 2011
Nilai perkataan 'BODOH'.

Ape ni bodoh..bodoh...Sebagai murabbi...jangan pernah kita ungkapkan perkataan BODOH kepada anak murid kita. Walau segeram manapun kita kepada mereka. Kenapa? Kerana kata-kata itu merupakan satu doa. Bukan itu sahaja, malah hanya dengan satu perkataan BODOH..sememangnya akan menyayat hati anak didik kita. Motivasi mereka akan jatuh..maruah mereka akan tercemar...Jika hari ini kita kata anak orang bodoh...di kemudian hari..tak mustahil orang akan kata kat anak kita pun bodoh. Tidak kira la bodoh dari aspek apapun..tapi perkataan BODOH itu selayaknya dibuang jauh-jauh dari hidup kita sebagai manusia...terutamanya seorang murabbi...
Walaupun mereka anak kecil..muda remaja..namun mereka punya perasaan. Punya rasa sedih.Ingat...perasaan mereka juga patut kita hargai. Seorang anak kecil...perkara yang pahit bagi mereka akan mereka ingat sampai bila-bila...Teringat kisah zaman kanak-kanak dulu...zaman skolah dulu-dulu..murid-murid memang hormat guru..bukan macam sekarang..tegur sikit..anak murid dah mengadu kat mak ayah..Kalau dulu...cikgu jentik ke marah ke...tak pernah pun nak mengadu kat mak ayah..kalau ngadu pun...conform kena balik ngn mak ayah..mak ayah akan silapkan kita..bukan cikgu...Tapi alhamdulillah...cikgu2 saya tak pernah sebut perkataan BODOH tu pada murid-murid dia..:)
Jadi..kepada para murabbi..khasnya...jagalah perkataan yang kita nak ungkapkan. Lidah kita ni letaknya di tempat yang basah..Jadi ia mudah tergelincir. Cikgu merupakan model kepada anak murid. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri dan berhijrah ke arah yang lebih baik:)Coret-coret Kak Jannah bulan ini....:)
Thursday, May 19, 2011
Exam...Suka Tak Suka?

Sebut saja tentang EXAM...masing-masing akan tertanya-tanya.." Soalan ape yang akan keluar?", "Topik ape yang akan masuk?" Pening kan? Inilah demam exam...Kalau tak exam takkan habis satu buku tu kite baca. Ade faedah jugak exam ni..Sekurang-kurangnye kite tak la membazir sebab beli buku tapi tak habis baca. Exam ni la yang tolong kite habiskan baca buku yang kite beli tu...
Nak EXAM ni stress dia lain macam. Nak kena faham betul-betul..nak kena ingat betul-betul. Kalau tak faham, kalau tak ingat, alamatnye kosongla ruangan jawapan. Terima kasih sekali lagi pada EXAM sebab tolong kite untuk kaji ape yang dah kite belaja sepanjang semester. Kalau tak..alamatnye lagi..kite tak tahu ape yang kite blaja sepanjang semester. Bukan ape, dengan aktiviti yang pelbagai, dengan assignment yang lecturer bagi, dengan portfolio yang nak kena hantar setiap habis semester, dengan praktikumnye...jadi ini mungkin menyebabkan ingatan kite pada ape yang kite telah belajar sdikit sebanyak kabur. Terima kasih lagi pada exam sebab tolong refresh balik pengetahuan kami.
Masa EXAM ni macam-macam perangai kawan kite yang kite tengok. Ade yang bila orang bangun dia tido. Bila orang tido dia bangun. Ade yang tak boleh duduk diam masa belajar. Ape yang dia buat? makan la...minum la...tengok movie la...tengok tv la...tapi dia masih blaja jugak. Kelakar kan?Ade jugak yang blaja sambil sumbat telinga dengar lagu. Ade jugak yang suka menyendiri...Ade jugak keja dia nak mandi jea..lepas baca sikit dia gi mandi. Macam-macam ragam. Ini lah warna warni kehidupan. Indah kan? Tapi apepun, jangan kutuk cara kawan kite blaja taw. Sebab masing-masing ade cara yang tersendiri.
Nak tau tak ape yang bestnye kalau EXAM? Lepas EXAM kite akan cuti panjang..Cuti Semester...Rehatkan diri kite..dan buat persiapan untuk Semester baru yang akan datang...Betul la kan..selepas kesusahan pasti ade kesenangan...Sesuatu itu berlaku pasti ade sebabnye. Jangan pernah kite kata EXAM itu membebankan...EXAM itu membantu sebenarnye walaupun pada hakikatnye, memang ia agak memberi tekanan emosi, fizikal dan mental kite sebagai manusia.Coret-coret Kak Jannah bulan ini...:)
Monday, February 14, 2011
Sifat Mahmudah...
Monday, January 31, 2011
Teka-Teki...
Tuesday, December 7, 2010
Tilawah Al -Quran
Teringat saya pada pesanan ustaz saya ketika mana saya masih di bangku sekolah rendah. "Kekalkan minat kamu dalam tilawah dan dalamilah ilmu tajwid dan tarannum sedalam yang mungkin. Ingat, dengan tilawah ni la yang boleh membawa kamu melihat dunia" Pada mulanya saya agak sangsi untuk mempercayai pesanan ini. Tapi kini semakin saya meningkat dewasa...saya semakin faham apa yang ustaz maksudkan.
Minat dalam tilawah telah mula bertapak dalam diri saya sejak saya berusia 8 tahun. Bermula dari usia 8 tahun inilah saya mula berkecimpung dalam bidang tilawah sehinggalah usia saya yang sekarang iaitu 21 tahun.
Dalam mempelajari tajwid, ustazah saya dan ibu sayalah yang banyak memberikan tunjuk ajar. Dalam tarannum pula, saya lebih banyak belajar taranum dengan mendengar bacaan qari dan qariah yang pernah menjuarai pertandingan dalam tilawah. Selain itu, saya juga mengambil kesempatan untuk mempelajari ilmu tarannum dengan menghadiri kursus Qiraatul Quran, selain mengikuti kelas tarannum Al-Quran yang diadakan oleh pihak JAIS.
Semakin banyak kita berkongsi pengetahuan maka smakin banyak ilmu yang kita peroleh. Untuk suara pula, rupanya ade kategori dalam menilai suara untuk bertarannum ni. Ada suara yang memang layak, sederhana, masih boleh diperbaiki dan tidak sesuai langsung untuk tilawah (membaca dengan tarannum yang betul)...
Bersambung....
Minat dalam tilawah telah mula bertapak dalam diri saya sejak saya berusia 8 tahun. Bermula dari usia 8 tahun inilah saya mula berkecimpung dalam bidang tilawah sehinggalah usia saya yang sekarang iaitu 21 tahun.
Dalam mempelajari tajwid, ustazah saya dan ibu sayalah yang banyak memberikan tunjuk ajar. Dalam tarannum pula, saya lebih banyak belajar taranum dengan mendengar bacaan qari dan qariah yang pernah menjuarai pertandingan dalam tilawah. Selain itu, saya juga mengambil kesempatan untuk mempelajari ilmu tarannum dengan menghadiri kursus Qiraatul Quran, selain mengikuti kelas tarannum Al-Quran yang diadakan oleh pihak JAIS.
Semakin banyak kita berkongsi pengetahuan maka smakin banyak ilmu yang kita peroleh. Untuk suara pula, rupanya ade kategori dalam menilai suara untuk bertarannum ni. Ada suara yang memang layak, sederhana, masih boleh diperbaiki dan tidak sesuai langsung untuk tilawah (membaca dengan tarannum yang betul)...
Bersambung....
Friday, November 19, 2010
Katakan Tidak Pada Cinta?

CINTA???...Apa yang kita faham tentang cinta? Jika sebut tentang cinta pasti teringat pada si buah hati...si uda rindukan si dara...ibarat rindu si laila dengan si majnun...Apa salahnya jika sebut saja tentang cinta, kita teringatkan pada cinta Allah, cintakan Nabi, cintakan para sahabat, cintakan Al-Quran...Cinta pada ibu bapa, cintakan adik beradik, cintakan sahabat...cinta ilmu...bukan bermaksud menolak fitrah...Tapi inilah yang dikatakan sebagai berani untuk katakan tidak pada cinta...Cinta yang bagaimana? Mungkin kita boleh katakan tidak pada cinta kita pada nafsu makan kita yang membuak2...Kita cuba berpuasa...Bila menyebut tentang berani untuk katakan tidak pada cinta, teringat saya pada kisah Nabi Nuh, bagaimana baginda berani untuk katakan tidak pada cintanya pada anak dan isterinya yang ditelan banjir besar, bagaimana Nabi Ibrahim berani untuk mengatakan tidak pada cintanya pada anaknya Nabi Ismail, sedangkan semua golongan yang terkorban ini adalah orang yang mereka sayang...Inilah bukti pengorbanan cinta mereka pada Allah yang memampukan mereka untuk berani mengatakan tidak pada cinta mereka terhadap isteri dan anak-anak mereka. Cintakan Allah melebihi segalanya...Cintakan Allah melebihi cinta pada dunia...dunia hanyalah pinjaman, akhiratlah yang kekal abadi. Apa yang kita tanam di dunia akan kita tuai di akhirat kelak. Boleh saya analogikan seperti hidup di dunia, kita bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Semakin kuat kita bekerja, maka semakin lumayanlah hasilnya. Semakin banyak kita beribadah niat ikhlas kerana Allah, semakin banyak kita menundukkan nafsu, dan meningkatkan keimanan pada Allah, maka semakin meningkatlah saham kita untuk kita raih di akhirat kelak. Kita tidak sedar, kita tidak lakukan kerana semuanya tidak nampak di depan mata.
Teringat saya pada perbualan dengan seorang hamba Allah " Susah nak tinggalkan dunia cinta kalau kita pernah bercinta. Kalau dah putus, kita mesti akan usaha cari lagi yang lain sebagai ganti. Hidup akan terasa kosong kalau tak ada buah hati". Minta maaf kalau kenyataan ini saya persoalkan. Terasa Kosong? Kita tanya pada hati, hati kita kososng sebab ape? Kosong pada kasih manusia? Sedangkan kalau kita fikirkan semula, Allah itu maha pengasih maha penyayang. SifatNya yang maha kaya itu yang akan membantu kita dalam mengisi kekosongan jiwa. Cuba dekatkan diri padaNya. Bukan hendak menuduh bahawa pasangan yang bercinta ini tidak mendekatkan diri pada Allah. Namun, kadang-kadang dunia percintaan ini melekakan kita sebagai manusia untuk beribadah. Aku solat. Tapi persoalannya, solat di awal waktu , di pertengahan atau di hujung? Aku bertudung. Tapi, keluar berdua dengan yang bukan muhrim tanpa berteman? Aku ingat orang tua. Tapi berapa banyak kredit yang habis untuk menghubungi ibu bapa berbanding kekasih hati? Fkirkan...Bukan menolak fitrah..tapi sekadar ingin mengajak kita untuk sama-sama berfikir. Antara nafsu dan iman. Jangan biarkan nafsu menguasai iman kita. Teringat pada sebuah kisah, seorang pemuda yang pergi mengembara bersama seorang ulama tua. Pemuda ini pergi mengembara bersama ulama ini kerana ingin belajar memperbaiki akhlaknya, mnambah ilmu di dada. Dalam perjalanan, mereka terpaksa melalui gunung yang sangat curam. Si pemuda pun dengan keluhan menyatakan hasrat hatinya pada ulama. "Alangkah bagusnya kalau kita dapat menungggang keldai dalam pengembaraan ini" Ulama tua itu pun menjawab, " Anak mahukan keldai? Marilah kita singgah untuk membeli keldai sebentar.". Mendengar kenyataan itu, cukup berbunga hati pemuada tersebut. Namun, setelah keldai itu dibelikan, ulama tersebut bukannya menyuruh pemuda itu untuk menunggang keldai tersebut, sebaliknya, dia menyuruh pemuda itu untuk mendukung keldai tersebut. Umpamnya seperti pemuda itu yang menunggang keldai. Pemuda itu meneruskan perjalanan tanpa mempersoalkan tindakn ulama tersebut kerana dia ingat akan niatnya di awal pengembaraan, iaitu untuk menuntut ilmu dengan ulama tersebut. Setelah sampai ke destinasi, ulama tersebut menerangkan kepada pemuda tersebut, kenapa dan mengapa dia bertindak sebegitu. Saya menyuruh kamu mendukung keldai itu, bukan dengan niat untuk menyeksa kamu, tetapi engan niat untuk menunjukkan kepada kamu betapa susahnya kehidupan sekiranya kita ditunggangi oleh nafsu. Keldai itu ibarat nafsu kamu yang kepenatan mengembara. Pada kamu terdapat keduanya. Iman dan nafsu. Tetapi jika kamu ditunggangi nafsu, kamu tidak akan bahagia. Sebaliknya jika kamu ditunggangi dengan iman, kamu akan bahagia dan selamat. Berat kan bila mendukung keldai itu? Begitu jugalah beratnya kehidupan yang ditunggangi nafsu...
Kisah yang cukup menarik..diharapkan kita dapat sama-sama bermuhasabah menerusi perkongsian ini...Saya pohon kemaafan sekiranya menyinggung perasaan mana-mana pihak. Maassalamah...
Saturday, August 21, 2010
Apakah Khusyuk?
Khusyuk adalah kelembutan hati manusia, hasrat yang redup yang bersumber daripada hawa nafsu dan hati yang halus kerana Allah. Hati seperti ini bersih daripada sifat sombong dan angkuh...
Adakah anda sudah sarapankan minda anda?Jika belum...ayuh...inilah solusinya:)

Alhamdulillah...saya kembali berpeluang untuk menulis di sini...Semakin meningkat semester, cabaran yang saya hadapi semakin menguji tahap keimanan seorang insan bergelar mahasiswi. Bukan senang nak jadi pendidik... Bukan senang nak jadi guru...Apa yang penting yang saya ingin kongsikan bersama rakan pembaca ialah pembahagian masa adalah yang utama yang menentukan jatuh bangunnya kita. Masa bukan mengejar kita tetapi sebaliknya..kita yang mengejar masa itu sendiri...Oleh yang demikianlah maka masa itu diibaratkan seperti mata pedang. Boleh membunuh bukan?...hmmm..fikir-fikirkanlah...Banyak perkara yang saya belajar selama mana tidak berkunjung untuk berkarya di laman ini. Pengalaman inilah yang saya kumpul dan saya rasa perlu untuk saya kongsikan bersama rakan pembaca. Pertama tentang budaya menunggu kawan. Kedua tentang budaya tangguh kerja, ketiga tentang budaya kerja kumpulan. Setakat ini saya hanya ingin kongsikan 3 masalah besar ini yang sering mewarnai liku hidup masiswa dan mahasiswi.
Budaya tunggu rakan? Apa yang kita faham? Ke sana ke mari mesti bersama. Kawan lambat pun tunggu juga. Faktor kelewatan sahabat kita perlu diteliti juga ya...kenapa? sebabnya..ada yang lambat sebab memang jenis yang memang suka lambat...ada yang lambat sebab tertidur, ada yang lambat sebab bersolek...hmmm...kalau lambat sebab tertidur mungkin kita boleh maafkan. takpa..kita boleh tunggu...tapi bagaimana dengan dua lagi alasan yang saya berikan tadi...adakah munasabah? tepuk dada, tanya pengalaman. Kalau yang lewat kategori ini, elok kita tinggalkan saja...Kita bukan digelar sahabat yang baik kalau begini caranya...Kerana dengan menunggu mereka, kita akan membiasakan diri mereka untuk lambat dengan alasan yang tidak munasabah. Sebaliknya...dengan meninggalkan mereka, maka mereka akan sedar bahawa, orang yang lambat akan sentiasa ketinggalan. Jadi..dari situlah mereka akan mengubah sikap mereka.
Seterusnya,budaya tangguh kerja? Kenapa perlu bertangguh wahai sahabat? Kali ni kita tepuk dada nak tanya apa ya? Senang jawapannya. Tepuk dada tanya usaha kita. Jangan terlalu senang untuk memberikan alasan bahawa saya kurang bahan rujukan...saya tak ada duit...saya tak dapat nak online...printer saya rosak...laptop saya rosak...apa lagi yang rosak duhai sahabat? apa lagi yang kurang? kalau cacing di dalam tanah itu pun boleh hidup masakan pula kita manusia yang berakal tak mampu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita perlu dapatkan..iaitu ilmu. Ingat..ilmu itu dicari..ilmu bukan mencari...Hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih..kan? Allah kurniakan kita mulut, jadi apa salahnya kita minta pertolongan rakan...Sekiranya mereka enggan, sedarlah bahawa itu ujian Allah untuk menguji tahap keimanan kita. Adakah kita akan marah...tidak langsung menyiapkan tugasan? Itulah yang dinamakan hikmah musibah. Orang yang beriman sentiasa diuji Tuhan. Itu tandanya kasih sayang Allah pada kita. Semakin kita diuji semakin berambah keimanan kita dan semakin matang pemikiran kita...
Kupasan yang terakhir...Kerja kumpulan. Kadang2 ia memudahkan namun jika tersalah pilih pasangan, ia akan memudaratkan. Jangan jadikan diri kita sebagai bahan bulian orang lain. Apa yang penting kita perlu pertahankan hak kita. Jangan mudah beralah jika pasangan kita bertindak menyalahi etika kerja berkumpulan. Ingat...kita hanya manusia yang tidak punya tulang besi urat dawai... Boleh dikerah ke sana ke mari. Bersengkang mata menyiapkan tugasan kumpulan secara individu. Kerja berdua tapi hanya seorang yang menyiapkan. Jika ditanya mungkin ramai yang mengangguk. Tips nya kita hanya perlu bertegas. Mungkin kita boleh membantu untuk " back up" dengan menyiapkan assignment secara keseluruhan. Kerana kita perlu berjaga-jaga dengan pasangan kerja seperti ini. Mungkin di saat akhir, tugasan yang perlu dia siapkan langsung tidak disentuh. Jadi, di sinilah perlunya " back up" dari kita. Tapi ingat...jangan pula kita yang mengada-ngada untuk memberitahu pasangan kita itu bahawa kita sudah menyediakan "back up" untuknya...Jika ini yang berlaku memang anda akan menjadi mangsa bulian sepanjang hayat menyiapkan ssignment bersama dengannya. Ingat...teknik itu perlu...Bijak dalam tindakan. Ingat, jangan pernah berkasar. Tegas bukan bermakna anda garang.Tegas dan garang adalah dua benda yang berbeza.
Konklusinya...setiap yang berlau itu perlu untuk kita muhasabahkan...Aagr kita tidak melakukan kesilapan yang sama dalam hidup..Moga hari ini lebih baik dari semalam...Amin....
Saturday, June 5, 2010
Coretan Rasa....
CORETAN RASA...
Persoalan demi persoalan sering datang ke benak fikiranku...adakah aku menyesal menjadi seorang bakal guru.Tidak, tidak dan tidak...Aku tidak sesekali menyesal dengan tindakan dan keputusanku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan kerana aku tahu ada hikmah di sebalik kenapa dan mengapa aku terpilih untuk mengikuti kursus perguruan ini. Penat dan lelah semasa belajar memang tidak dapat dinafikan. Tidak dapat aku nafikan kadang-kadang aku juga lemah untuk mengharungi semua cabaran ini..aku kurang keyakinan diri dan pernah juga timbul rasa putus asa dalam diriku. Namun, bila aku renung kembali tanggungjawabku sebagai bakal guru, aku tidak boleh berputus asa. Aku mesti kuatkan semangat demi anak bangsaku. Mungkin pada nama, kerjaya sebagai guru nampak mudah. Ya, memang benar..kata orang guru itu tugasnya mengajar. Tapi adakah sekadar mengajar tanpa memahamkan pelajar? untuk memberi kefahaman kepada para pelajar itu bukan senang..kerana kita manusia punya potensi yang berbeza. Ada yang pintar cerdas, ada yang lewat perkembangan dan sebagainya. Pernahkah kita terfikir, bagaimana perasaan seorang guru itu apabila pengajarannya kurang berkesan pada hari tersebut? Seseorang guru akan sentiasa memuhasabahkan diri mereka untuk mencari kaedah yang terbaik untuk mengajar anak didik mereka. Kerana mereka tahu bahawa inilah tanggungjawab mereka. Tetapi ingat...setiap kaedah yang digunakan itu bukannya sesuai untuk semua murid. Oleh yang demikianlah maka kepelbagaian kaedah mengajar itu diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun harus diingat..kaedah itu haruslah menarik dan bermakna...Susah kan? Cuba anda fikirkan kepelbagaian kaedah ini. Mungkin merancang senang..tapi...apabila berhadapan dengan pelajar bagaimana perlaksanaannya? Kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Ini semua adalah akibat faktor disiplin bilik darjah... Fikirkan...~bersambung~
Persoalan demi persoalan sering datang ke benak fikiranku...adakah aku menyesal menjadi seorang bakal guru.Tidak, tidak dan tidak...Aku tidak sesekali menyesal dengan tindakan dan keputusanku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan kerana aku tahu ada hikmah di sebalik kenapa dan mengapa aku terpilih untuk mengikuti kursus perguruan ini. Penat dan lelah semasa belajar memang tidak dapat dinafikan. Tidak dapat aku nafikan kadang-kadang aku juga lemah untuk mengharungi semua cabaran ini..aku kurang keyakinan diri dan pernah juga timbul rasa putus asa dalam diriku. Namun, bila aku renung kembali tanggungjawabku sebagai bakal guru, aku tidak boleh berputus asa. Aku mesti kuatkan semangat demi anak bangsaku. Mungkin pada nama, kerjaya sebagai guru nampak mudah. Ya, memang benar..kata orang guru itu tugasnya mengajar. Tapi adakah sekadar mengajar tanpa memahamkan pelajar? untuk memberi kefahaman kepada para pelajar itu bukan senang..kerana kita manusia punya potensi yang berbeza. Ada yang pintar cerdas, ada yang lewat perkembangan dan sebagainya. Pernahkah kita terfikir, bagaimana perasaan seorang guru itu apabila pengajarannya kurang berkesan pada hari tersebut? Seseorang guru akan sentiasa memuhasabahkan diri mereka untuk mencari kaedah yang terbaik untuk mengajar anak didik mereka. Kerana mereka tahu bahawa inilah tanggungjawab mereka. Tetapi ingat...setiap kaedah yang digunakan itu bukannya sesuai untuk semua murid. Oleh yang demikianlah maka kepelbagaian kaedah mengajar itu diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun harus diingat..kaedah itu haruslah menarik dan bermakna...Susah kan? Cuba anda fikirkan kepelbagaian kaedah ini. Mungkin merancang senang..tapi...apabila berhadapan dengan pelajar bagaimana perlaksanaannya? Kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Ini semua adalah akibat faktor disiplin bilik darjah... Fikirkan...~bersambung~
Friday, May 28, 2010
Santapan Minda
Jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan, sebagai penggantinya, curahkanlah waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki.-Dr.'Aidh Al-Qarni.
Renungan Bersama
Antara sifat munafik ialah menganggap nasihat orang lain sebagai sindiran kepadanya dan oleh yang demikianlah dia tidak menerimanya...
Friday, April 30, 2010
Kurang Tidur dalam Kalangan Mahasiswa Dan Mahasiswi
Kurang Tidur
Rehat itu perlu...Tidur itu perlu untuk mengembalikan cas2 dalam tubuh badan kita sebagai manusia. Badan kita bukanlah mesin, urat kita bukan dawai, tulang kita bukan besi. Namun ini lumrah yang harus diterima oleh seorang pelajar yang bergelar mahasiswi. Kurang tidur bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan mereka. Persoalannya, mengapa fenomena tidak cukup tidur ini timbul? adakah kerana suka bertangguh, menangguh, ditangguh atau tertangguh? permasalahan yang lahir dari kata dasar yang sama namun membawa definisi yang berbeza. Adakah kerana malas ataupun tidak faham? Adakah kerana aktiviti luar yang terlampau penuh, assignment yang banyak? Tepuk dada dan tanya iman kita. Kita fikir kembali. Sebagai khalifah, kita punya tanggungjawab masing-masing. Fikirkan, jika hari ini kita sibuk, mungkin lebih ramai yang sibuk dari kita dan mungkin ada juga insan yang tidak punya kerja langsung untuk dilakukan lantas menimbulkan rasa bosan dalam diri mereka. Fikirkanlah wahai sahabat. Saya menulis bukan hanya untuk tatapan para pembaca, namun sebagai motivasi untuk diri saya sendiri dalam menempuh perjalanan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. Mungkin kadang kala saya juga mengeluh. Namun kesedaran itu perlu kita pupuk engan segera agar titik hitam dalam hati kita dapat dibersihkan dengan segera. Jangan pernah mengeluh dalam menerima sesuatu masalah. Kerana di situlah titik tolak hilangnya keberkatan. Jadi, jangan jadikan alasan kurang tidur untuk kita menjadi orang yang moody. Sekali kita menyakiti orang lain, maka nilai kepercayaan dan rasa hormat itu akan hilang untuk kita. Lihat! betapa sikap mazmumah ini berperanan dalam menggelapkan hati kita. Bahayanya umpama virus yang menyerang dengan cepat. Ayuh sahabat, muhasabah diri dan kembali kepada Allah. Bertaubatlah. Ingat, Allah sentiasa melihat dan memerhatikan hambaNya. Ujian bukan bermakna hukuman dari Allah sebaliknya ujian dan cabaran adalah merupakan tanda ataupun lambang kasih dan cinta Allah kepada hambaNya. Orang beriman sudah pasti diuji Tuhan. Semakin kita diuji, semakin iman kita bertambah dan semakin dekat kita dengan Allah...InsyaAllah...
Rehat itu perlu...Tidur itu perlu untuk mengembalikan cas2 dalam tubuh badan kita sebagai manusia. Badan kita bukanlah mesin, urat kita bukan dawai, tulang kita bukan besi. Namun ini lumrah yang harus diterima oleh seorang pelajar yang bergelar mahasiswi. Kurang tidur bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan mereka. Persoalannya, mengapa fenomena tidak cukup tidur ini timbul? adakah kerana suka bertangguh, menangguh, ditangguh atau tertangguh? permasalahan yang lahir dari kata dasar yang sama namun membawa definisi yang berbeza. Adakah kerana malas ataupun tidak faham? Adakah kerana aktiviti luar yang terlampau penuh, assignment yang banyak? Tepuk dada dan tanya iman kita. Kita fikir kembali. Sebagai khalifah, kita punya tanggungjawab masing-masing. Fikirkan, jika hari ini kita sibuk, mungkin lebih ramai yang sibuk dari kita dan mungkin ada juga insan yang tidak punya kerja langsung untuk dilakukan lantas menimbulkan rasa bosan dalam diri mereka. Fikirkanlah wahai sahabat. Saya menulis bukan hanya untuk tatapan para pembaca, namun sebagai motivasi untuk diri saya sendiri dalam menempuh perjalanan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. Mungkin kadang kala saya juga mengeluh. Namun kesedaran itu perlu kita pupuk engan segera agar titik hitam dalam hati kita dapat dibersihkan dengan segera. Jangan pernah mengeluh dalam menerima sesuatu masalah. Kerana di situlah titik tolak hilangnya keberkatan. Jadi, jangan jadikan alasan kurang tidur untuk kita menjadi orang yang moody. Sekali kita menyakiti orang lain, maka nilai kepercayaan dan rasa hormat itu akan hilang untuk kita. Lihat! betapa sikap mazmumah ini berperanan dalam menggelapkan hati kita. Bahayanya umpama virus yang menyerang dengan cepat. Ayuh sahabat, muhasabah diri dan kembali kepada Allah. Bertaubatlah. Ingat, Allah sentiasa melihat dan memerhatikan hambaNya. Ujian bukan bermakna hukuman dari Allah sebaliknya ujian dan cabaran adalah merupakan tanda ataupun lambang kasih dan cinta Allah kepada hambaNya. Orang beriman sudah pasti diuji Tuhan. Semakin kita diuji, semakin iman kita bertambah dan semakin dekat kita dengan Allah...InsyaAllah...
Tuesday, April 27, 2010
Surah Al-Baqarah ayat 216
Fikirkan...
"Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan..."
Monday, April 26, 2010
Nilai Kemaafan
Alhamdulillah..saya berkesempatan lagi untuk menulis di laman ini...semalam saya berkesempatan untuk membeli sebuah buku yang bertajuk " When Good FRIENDS Go Bad Can U Ever Learn To Forgive and Forget"...inilah judul buku yang saya belikan.Pada kali pertama terlihat, saya mereasakan ada sesuatu yang menarik yang harus saya tahu dari buku ini...insyaAllah saya akan kongsikan kandungannya di laman ini. Memikirkan tentang soal memaafkan. Pada hari ini saya sekali lagi terserempak dengan hamba Allah yang telah saya maafkan...tetapi,kenapa saya masih berat lagi untuk menerimanya dan bersahabat seperti dulu. Betul kata orang..memaafkan memang mudah...tapi untuk melupakan apa yang telah dilakukan yang mengguris hati amat sukar. Adakah ini yang dikatakan sebagai ego manusia? Adakah ini yang dikatakan keras hati? keras kepala? Saya sering bermonolog sendirian dalam mencari kebenaran. Inilah yang dikatakan muhasabah diri sebenarnya. Bukan hanya memikirkan tentang kebaikan kita tetapi sebaliknya turut memikirkan tentang kelemahan diri kita sendiri sebagai makhluk Allah. Hanya satu yang dperlukan dalam bersahabat. Perlu ada nilai kejujuran. Jangan pernah menipu. Sekali kita menipu, banyak pihak yang akan menjadi mangsanya...Antara salah seorang mangsanya adalah saya. Hanya mampu termangu tanpa tahu apa yang berlaku. Padahal diri sendiri ditipu...zalim kan? Ya Allah, selamatkanlah diriku... Hindarilah aku dari segala perasaan benci, marah dan dendam...kurniakanlah segala sifat mahmudah dalam diriku...Baikkanlah hatiku dan juga orang2 di sekelilingku...amin ya rabb.
Saturday, April 24, 2010
Aku menanti saat di mana aku berjaya untuk menamatkan pengajianku..Tempoh 5 tahun 1/2 bukanlah satu tempoh yang singkat dalam usahaku menimba ilmu untuk menjadi seorang bakal guru...Aku dapat merasakan perbezaan dalam setiap peringkat hidupku...bagaimana daripada kehidupanku sebagai seorang kanak-kanak, seterusnya remaja da kini aku bergelar seorang dewasa. Mungkin dulu aku bergelar pelajar sekolah dan kini aku bergelar mahasiswi Institut Pendidikan Guru. Amat sukar untuk membentuk jiwa guru, jati diri seorang guru, penampilan dan perwatakan seorang guru...namun aku tetap berpegang pada amanah pensyarahku...jika kita ikhlas, jika kita jujur, jika kita redha...kita akan dapat membentuk jiwa guru itu dengan sendirinya. Untuk jadi guru itu, kita perlu ada nilai kepercayaan. "If people respect you as a person they will admire you,if people respect you as a friend they will love you, if people respect you as a leader they will follow you". Kata-kata yang cukup bermakna...Perjalanan untuk mendapatkan segulung ijazah itu bukan mudah rupanya...Namun, biarlah bersusah dahulu kerana di akhirnya aku pasti akan mendapat kepuasan atas pengorbanan yang aku lakukan...Janji Tuhan itu pasti untuk hambaNya yang berusaha dan bertawakkal kepadaNya... Semoga aku akan sentiasa diberikan kesabaran dalam menempuh liku-liku hidup sebagai seorang mahasiswi yang juga merupakan bakal guru di masa akan datang...Semoga aku mampu untuk menjadi seorang guru yang berjaya...amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)





